Thursday, May 7, 2009

Something for us to ponder....

As I was browsing the internet I found this interesting story about a relationship between daughter and mother. I want to share the story here for all of us mothers and daughters to ponder and may be learn a lesson or two of what the two women have gone through in their lives. The story will be as it was (the original was written in Malay language)....here it goes
"Aku dilahirkan sebagai anak sulung dalam keluarga seramai enam orang. Hidup kami sekeluarga begitu sederhana...tidak terlalu mewah dan tidak juga miskin. Bapa mempunyai dua buah kereta, satu untuknya dan satu lagi untuk kegunaan Ibu. Kami juga mempunyai rumah yang selesa untuk berteduh. Jadi hidup kami memang cukup segala2nya.
Ibu ku seorang suri rumahtangga. Dia memang cekap dalam hal-hal kerja rumah dan masak memasak. Ibu memang tidak bersekolah tinggi malah telah berkahwin sewaktu usia menjangkau belasan tahun. Masih terlalu muda untuk bersuami dan mempunyai anak. Jadi mungkin kerana itu dia begitu kekok untuk melayan aku sebagai anaknya. Aku langsung tidak pernah dipeluk atau dicium oleh ibu malah ada kalanya aku merasa seperti pesaing buat Ibu untuk kasih sayang Bapaku. Sebagai anak sulung Bapa amat mengasihiku dan selalu memanjakan aku.
Dari kecil aku sudah cuba sedaya upayaku untuk rapat dengan Ibu seperti kanak-kanak lain malangnya tidak dipedulikan langsung. Ibu sentiasa sibuk dengan dunianya....rumah itu duniaku bagi ibu tapi memang cuma "rumah" itu dunia Ibu bukan manusia yang bernyawa di dalam rumah itu. Walaupun makan dan pakai ku terjaga rapi tetapi Ibu bagiku tetap begitu jauh untukku menumpang kasih. Aku membesar dengan menelan segala perasaan tidak puas hati dan dahagakan kasih sayang Ibu tercinta. Selalu aku mengeluh " Ya Allah tolonglah hambaMu yang lemah ini apa salahku sehingga Ibu terlalu dingin sikapnya"
Dalam proses pembesaran itu, aku dikurniakan dengan tiga orang adik. Adik kedua bungsu telah menjadi kesayangan Ibu. Segala kasih sayang Ibu tertumpah pada adik yang akan ku panggil Adik Z di sini. Adik Z langsung tidak tahu berdikari dan membesar dengan masih mengharapkan pertolongan Ibu, sementara kakak dan abangnya sentiasa diharapkan untuk mengalah.
Dipendekkan cerita, kami semua kini sudah dewasa dan mempunyai keluarga masing-masing...hubungan aku dengan Ibu masih sama sejak aku dilahirkan. DINGIN DAN KONTANG !! Ibu tetap Ibu yang kini dengan penuh setia menjaga anak-anak Z yang masih kecil walaupun dirinya uzur. Sewaktu adik lelakiku mengalami masaalah pembantu rumah dan terpaksa meninggalkan anak sulungnya bersama Ibu, Ibu merungut-rungut tiap kali aku pulang ke kampung. Ibu akan mengadu kononnya cucunya (anak adik lelakiku) itu kuat makan, nakal, tidak mendengar kata dan dia amat tertekan terpaksa menjaga cucu di usia senjanya. Aku hanya mampu mendengar sahaja. Patutlah dulu sewaktu aku mengalami masaalah pembantu rumah Ibu tidak akan datang ke rumahku walaupun aku merayu2 meminta Ibu membantu menjaga anakku yang seorang itu. Terpaksalah kami kelam kabut mencari "Nursery" untuk tempoh seminggu dua sementara pembantu baru tiba.
Tiba-tiba kini sewaktu aku pulang ke kampung ku lihat sendiri masaalah pilih kasih yang begitu ketara. Ibu kini dengan sabar menjaga anak-anak adik Z seramai lima orang sementara adik Z keluar bekerja. Tiada keluhan kedengaran malah siap jadi peguam bela apabila aku bertanya tentang kes ini Ibu dengan selamba membela Adik Z dengan mengatakan ini untuk sementara sahaja dan kesian dengan cucu2nya kalau ditinggalkan di pusat jagaan.
Cukuplah setakat ini dan jika aku mahu membuka pekung di dada banyak lagi yang boleh ku coretkan. Tapi aku tidak marah cuma berkecil hati kerana aku mempunyai seorang Ibu seperti orang lain tapi hubungan aku dengannya tidak seperti hubungan biasa seorang Ibu dan anak. Sebagai anak aku dengan penuh tulus berdoa agar Ibu sedar segala2nya dan cuba memberi secebis kasih sayang yang sama rata tulus ikhlas kepada semua anak2nya. Bagi pihak aku, aku tetap menunaikan segala tanggungjawabku kepada Ibu sebaik mungkin. Aku amat sayangkan Ibu cuma kemesraan yang hilang sukar ditebus kembali......kemesraan itu bukan boleh dibuat-buat kerana ia datang dari hati. Maafkan aku Ibu, semoga Ibu ampunkan dosa2ku !!!"
Well, sad story and such a waste of a special bonding that should only be between a Mother and a child. Who to blame? Well....I have no answer for that. I guess we all should always treasure our daughters, sons and mothers. Vice versa.

1 comment:

Alea said...

wow... its so touching. i love this story... i hope it will have a happy ending.